Total Pageviews

Monday, September 16, 2013

Resepi Spaghetti Mama

Assalamualaikum...hai hai hai...hehe..wahh!banyaknya sarang labah-labah dalam ni..almaklumlah lama tak kemaskini blog yang tak seberapa ni..Haa,okey,okey..sebelum tu saya nak cuci blog ni jap,hehe...
Sebenarnya yang lama tak post ni sebab tengah cari resepi yang sesuai untuk orang yang nak makan tapi malas ke dapur dicampur 'rajin' sangat memasak ni..haa,arini saya nak post 1 resepi yang mungkin agak berbaloi la untuk dimakan..saya masak sendiri tau,takde curik gambar kat Pak cik Google punye..hehe..
Resepi arini ala-ala Barat gitu,cewahh..Saya namakan "Spaghetti Mama" sebab saya rindu masakan mak saya sebenarnya,huhu..Baiklah tanpa buang masa korang dengan drama saya ni,saya nak kongsikan sedikit maklumat asas mengenai spaghetti..Iyela,tak kan kita nak makan tanpa tahu asal usulnya..Ceritanya begini,spaghetti dalam bahasa Itali dikenali sebagai "tali kecil".Ia berbentuk tali yang memanjang,bersaiz lebar,sederhana kecil serta berwarna sedikit kuning kecoklatan..
Selalunya spaghetti ni makan dengan kuah yang dicampur sedikit hirisan buah tomato,bebola ikan,bebola ayam,hirisan daging,sedikit parutan keju,campuran makanan laut dan macam-macam lagi lah yang penting mengikut selera perut masing-masing..haha
Okey okey,dah melalut dah ni..hehe..Spaghetti ni saya cuba masak semalam untuk makanan tengahari,Alhamdulillah nasib baik menjadi jugak walaupun tak berapa nak jadi,hehe..


Haa,ini bahan-bahan yang saya gunakan..tengok tu,berapa ketul je pon jadi sesuai lah bagi mereka yang nak masak tapi tak nak renyah-renyah kan?..
Bahan-bahan dia gini :
1 tin Sos Prego Tradisional
5 ketul Sosej Ayam/Daging (hiriskan)
1 keping Ayam/Daging Kisar
1 biji Tomato (dipotong dadu)
1 biji Bawang (dipotong dadu)
Segenggam Spaghetti (tertakluk pada kuantiti penduduk yang nak makan)

Hehe,bahan-bahan dah ada,tinggal nak masak je..Lagi satu,kalau nak tahu,bahan-bahan ni harganya tak sampai RM20 pon tapi boleh jadi makanan tengahari merangkap makan malam untuk manusia berjumlah 4 hingga 5 orang..Tengok,betapa jimatnya kalau masak sendiri,huhu

Cara nak masak pula (campak-campak je),hehe :
1.Tumiskan bawang.Setelah kekuningan,masukkan ayam/daging kisar.Gorengkan dan bila nampak dah macam nak masak tu terus masukkan sos spaghetti..Macam ni..

2.Kacaukan sos tadi hingga sebati dengan ayam,kemudian masukkan tomato dengan sosej.Kemudian kacau lagi hingga bersalut rencah-rencahnya.Kini yang tinggal hanyalah rasa.Kalau korang rasa macam kurang garam,tambah secukup rasa,bak orang kata sampai pueh hati..hehe

3.Mi spaghetti tu pulak rebus macam biasa..Mula-mula panaskan air,kemudian masukkan je la mi spaghetti tu..Haa,kat sini saya nak kongsi sedikit tips yang agak membantu dalam proses merebus spaghetti.Masa nak didihkan air tadi tolong tambah sedikit minyak dan garam supaya lepas dah siap rebus nanti tak lah tawar sangat mi awak tu,minyak tu pulak fungsinya supaya mi spaghetti awak tu tak melekat-lekat macam tepung kena air.

Bahan-bahan sudah,cara masak pon sudah,tinggal hasilnya je sekarang..jeng jeng jeng..taraa,ini hasilnya..


Gulppp...Haa,terliur la tu,hihi..Saya dah rasa,kalau anda nak,kena la cuba sendiri,hoho..ikut arahan yang saya bagi insyaAllah tak tersasar dari jalan yang lurus,haha..Okeylah,sampai sini je untuk entri kali ni..Lepas ni saya sambung lagi dengan resepi-resepi yang lain dan agak terbaru..Yang penting ringkas dan cepat tapi sangat sedap..hoho..Tata

6 comments:

  1. xsangka mama ni pandai masak orangnya..keh3

    p/s:kenai x ni sapa? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..knai3...anak gue dong..huhu..ni pon sbb assignment..lw x,memang msuk dapur kedai gk la..huhu

      Delete
  2. Salam Cik Asyikin,sy pny cara nak masak spgeti ni lebih kurang cik punya gak..cuma saya tmbhkan cendawan..kalau boleh gunakan cendawan butang,lebih sedap rasanya..Lagi satu,sos spageti tu knapa xgunakan yg dlm botol kaca je?tq..sekadar pndgn je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Lyna sudi komen..Sebenarnya saya memang nak gunakan cendawan tu tp cendawan tu dh hbis,jd terpksa guna je lah bahan yang ada..huhu..Haa,yang pasal kenapa tak gunakan sos spageti dalam botol kaca tu pulak,saya ada dengar komen rakan-rakan,kalu guna sos dalam botol kaca,rasanya lebih masam berbanding yang kat dalam tin..Lagipun mana-mana pek pun boleh,rasa InsyaAllah sama je.. :)

      Delete
  3. cik asyikin...trime kasih atas resepi spagetti yg awk kongsi kn dlm blog ni...dsh lame sy cri resepi utk buat spagetti ni....nti sy akn cube buat m'gunakan resepi awk beri kan ni...thankz you very much

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dik..InsyaAllah kalau kena caranya sedap la masakan kita dik..selamat mencuba ye..apa-apa hal blh bgtau akk smula ye..trima kasih..

      Delete