Total Pageviews

Wednesday, September 25, 2013

Remis Pantai Berlada


Salam 1 Malaysia semua,huhu..Arini Cik Asyikin ni nak post pasal remis..Haa,pernah tengok remis tak??konfem ada yang kata pernah dan ada yang kata 'tak perasan pulak'..cewahh,tak perasan konon,taktau cakap je taktau...hahaha..Okaylah,remis tu rupa dia macam nih..

Remis ni Cik Asyikin kutip sendiri kat tepi pantai tau..Apa??Tak percaya??Sat sat sat nah..Nak tunjuk bukti sat..hehe
Haa,percaya dah??..Erm,yang tu baru sikit,belakang jurukamera ada sebesen lagi..hihihi..Baiklah,kita teruskan dengan resepi terbaik dan yang paling ringkas dari Puan Cik Asyikin..Jangan risau,bahan-bahan dia sikit ja,tak renyah pun..Haa,ni bahan-bahannya..

1 besen Remis
1cm Belacan (tumbuk)
5/6 biji Bawang Merah (tumbuk)
2/3 biji Bawang Putih (tumbuk)
1 mangkuk Cili Boh/Cili Kisar
2/3 sudu Sos Tiram
1/2 sudu Sos Cili
7/8 biji Cili Padi
2 tangkai Serai
Sedikit daun sup untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa.. :)



Bahan dah ada,sekarang ni kita masak pulak...Cara masak senang sangat ni.. Ada 2 je cara-caranya..hihihihi..jeng jeng jeng...

1. Tumis serai,cili padi,bahan tumbuk dan cili boh sehingga wangi dan naik minyak...Lepas tu masukkan sos tiram dan sos cili..Lepas tu garam dan gula secukup rasa.

2. Masukkan remis dan balik-balikkan..Bila hampir masak cengkerang remis akan terbuka dan mengeluarkan air.Info tambahan ye,kalau kuah tu cair sangat sila masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah tersebut..Akhir sekali masukkan hirisan daun sup tadi..Kalau takda daun sup,daun kunyit pon boleh..Jangan daun ketum sudah ye,hehehehe..

Taraa,dah siap dah pon...nak tengok hasilnya???Yummy..It's very marvelous and delicious baby..Haa,ni la hasilnya...Pon pon pon,lori katering nak lalu..haha..zasss...


Hehehe..selamat mencuba resepi ringkas dari Puan Cik Asyikin ni..hihi...Ni 'tagline' Cik Asyikin..Sedap beritahu saya,tak sedap buat semula...hihihihi..Gurau-gurau je ye..okay,selamat memasak..

No comments:

Post a Comment