Resepi dia ringkas dan senang..tapi sayangnya kali ni takda gambar nak masukkan sekali..huhuk..Tak apelah,kita teruskan dengan resepinya ye.. :)
2 ulas Bawang putih (ketuk)
1 biji Bawang merah (hiris)
2 tangkai Cili padi (potong dua)
2 cawan Air
1 cawan Oat
1 biji Telur
Tengok,memang ringkas je kan bahan-bahannya..sekarang kita tengok cara nak masak pulak,hehe..
1. Tumis bawang putih,bawang merah dan cili padi.
2. Letak air 2 cawan,kemudian masukkan secubit gula,garam secukup rasa.
3. Bila air dah mendidih,letakkan telur. Bila telur dah masak,masukkan oat dan daun sup..
4.Akhir sekali,kacaukan hingga likat.Bila dah macam pekat dan likat tu,bolehlah tutup api kemudian masukkan dalam pinggan atau mangkuk dan makan la..tunggu apa lagi..hehe
Haa,demikian sahaja resepi oat goreng..eh jap jap jap..tadi pinjam kat Pak Cik Google gambar oat goreng ni...Walaupun bukan 100% macam dalam gambar ni,tapi oat goreng yang saya makan lebih kurang macam ni la..hehe..jap ye..
Lebih kurang macam ni la oat goreng ni..huhu
Info tambahan : Ada orang cakap sedap kalau masukkan cendawan dalam oat ni??Betul ke??Tunggu ape lagi,jom cuba try test..hahah..Ok semua,tata...
No comments:
Post a Comment