Total Pageviews

Thursday, September 26, 2013

Oat Goreng

Eh,jap jap jap..Cik Asyikin terlupa 1 lagi resepi ringkas..Hehe...Cik Asyikin pernah makan tau masa kat asrama..Ada adik ni tolong masakkan..Ape lagi,pungut resepi la..tapi sayang seribu kali sayang..punya sedap sampai terlupa nak ambik gambar OAT GORENG tuh..huhu

Resepi dia ringkas dan senang..tapi sayangnya kali ni takda gambar nak masukkan sekali..huhuk..Tak apelah,kita teruskan dengan resepinya ye.. :)

2 ulas Bawang putih (ketuk)
1 biji Bawang merah (hiris)
2 tangkai Cili padi (potong dua)
2 cawan Air
1 cawan Oat
1 biji Telur

Tengok,memang ringkas je kan bahan-bahannya..sekarang kita tengok cara nak masak pulak,hehe..

1. Tumis bawang putih,bawang merah dan cili padi.

2. Letak air 2 cawan,kemudian masukkan secubit gula,garam secukup rasa.

3. Bila air dah mendidih,letakkan telur. Bila telur dah masak,masukkan oat dan daun sup..

4.Akhir sekali,kacaukan hingga likat.Bila dah macam pekat dan likat tu,bolehlah tutup api kemudian masukkan dalam pinggan atau mangkuk dan makan la..tunggu apa lagi..hehe

Haa,demikian sahaja resepi oat goreng..eh jap jap jap..tadi pinjam kat Pak Cik Google gambar oat goreng ni...Walaupun bukan 100% macam dalam gambar ni,tapi oat goreng yang saya makan lebih kurang macam ni la..hehe..jap ye..


Lebih kurang macam ni la oat goreng ni..huhu

Info tambahan : Ada orang cakap sedap kalau masukkan cendawan dalam oat ni??Betul ke??Tunggu ape lagi,jom cuba try test..hahah..Ok semua,tata...

Kuih Lesung Batu

Malam ni Cik Asyikin nak tepati janji Cik Asyikin..huhu..Janji ape??Alahai,takkan tak ingat kot..Janji awal-awal post dulu yang cakap pasal nak post resepi KUIH LESUNG BATU tu..hehehe..Haa,ingat pon..Okay,malam ni saya nak tunaikan janji saya ni..Alhamdulillah saya dapat resepi ni dari Sifu Ani..hihi

Ni resepinya..:-

Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung pulut
3/4 cawan air bercampur sedikit garam
1 kotak kecil santan pekat
secubit garam

gula pasir secukupnya
Daun pisang
Loyang

Cara-caranya:
  1. Didihkan air untuk mengukus.
  2. Sementara itu lapikkan loyang dengan daun pisang.
  3. Masukkan air bercampur garam sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sambil diuli hingga adunan tidak lekat di tangan dan besen menjadi bersih.
  4. Saya bahagikan kepada dua bahagian, Sebahagian dicampur dengan warna kuning dan diuli lagi hingga warnanya rata. Sebahagian lagi dicampur dengan warna pink dan diuli hingga warna rata.
  5. Gentelkan bulat-bulat sebesar buah melaka, ditekan tengahnya supaya membentuk lekuk. Susun di atas daun pisang di dalam loyang. 
  6. Ulang langkah 5 hingga habis.
  7. Masukkan gula ke dalam lubang kuih secukupnya.
  8. Masukkan secubit garam ke dalam santan pekat. Kacau hingga garam larut.
  9. Tuangkan secara berhati-hati ke dalam loyang. Pastikan santan tidak termasuk ke dalam lubang berisi gula pasir tu.
  10. Masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 20 minit. (Bila masak, gula pasir akan cair. Jadi kuih ini adalah gabungan rasa manis, lemak dan masin)
  11. Hidangkan.
Nak tengok hasilnya???hehehehe..jeng jeng jeng...


Menurut sifu saya ni,asalnya kuih ni warna putih je..tapi untuk mencantikkan lagi tekstur kuih ni,jadi ada kaler-kaler sikit..hehehe..cantik kan??Jom pakat-pakat cuba masak,huhu..

Sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih pada Cikgu Ani yang telah menge'post' resepi berharga ni..Kemudian tak lupa juga kepada anda yang telah,sedang dan akan membaca entri saya yang berikutnya..terima kasih semua...Hihi..rasanya sampai kat sini kot entri kali ni...Okay semua,tata,babai,,Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia..huhu

Sotong Goreng Kunyit

Chakkk...Baru 5 minit post yang tadi ni dah nak post yang baru??Hehe..maaf ye,bukan apa..malam ni ada keja lain,tu yang kena jugak post siap2..Haa,kali ni resepi Sutun pulak...hoho...Sebenarnya kawan Cik Asyikin minta ajar dia masak..Nama dia LimauPurut (bukan nama sebenar,haha) Dia lelaki tau..Tengok,lelaki pun nak masak,sapa kata lelaki malas tak suka masak??hehe..

Okay okay,dah mula nak melalut ni..huhu..Hari ni ringkas je Cik Asyikin masak..SOTONG GORENG KUNYIT..huhu..Bahan-bahan yang Cik Asyikin guna kebanyakan bahan asas yang sama iaitu :-


1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
2 tangkai Cili besar

Tu je sayang bahan-bahan asasnya...Resepi kali ni spesel sikit..Tau kenapa??sebab kali ni Cik Asyikin akan menceritakan cara-cara memasak sotong ni melalui video..hoho..Malu malu malu...Jap eyh..

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih beserta cili besar.Kemudian masukkan kunyit dan garam secukup rasa..Setelah itu masukkan sotong..Rasa punya rasa punya rasa,bila dah okey terus tutup api kemudian makan la dengan nasi panas..Campur kicap pun sedap gak tau..Haha..video ntah pape je ni..lau tak faham boleh tanya saya balik ye....

Ni la hasil air tangan Cik Asyikin yang comel..hoho



Haa,ringkas kan??Bagi boboiboy yang suka sotong tu boleh sangat ni terai resepi Cik Asyikin ni..huhu..Baiklah...kat sini dulu untuk masa ni..Sejam lagi Cik Asyikin update lagi ye..huhu..Terima kasih yang sudi baca entri ni..Sayang korang..

Tata

Sambal Soyam

Hai hai hai...Bertemu lagi kita pada hari ini...di blog yang sama hari je lain..haha..Menu kita hari ni ialah Sambal Soyam..Ish,ape bende pulak soyam tu??Haa,sebenarnya saja nak gebang lebih2..Soyam tu diambil daripada Sosej+Ayam..hahaha...Sambal ni dah lama dh Cik Asyikin masak cuma baru nk update..hihi

Alahai,kali ni macam malas kurang rajin pulak nak tulis panjang-panjang..Jadi saya ringkaskan je lah ye..hehehe..Bahan-bahan dia serius sangat mudah....Ni bahan-bahannya..

Semangkuk Cili Boh

Sedikit Daun Sup + Daun Bawang (untuk hiasan)


Sosej + Ayam Kisar


Haa,lagi satu..bawang jangan lupa tau..Ambik la bawang putih sikit,bawang merah sikit..
Okey,cara masak pulak gini...
1. Tumis bawang merah dan bawang putih..Bila dah agak kekuningan masukkan isi ayam tadi..Ingat ye,ayam sahaja..Dah agak masak dah ayam tu,baru masukkan cili boh..dah agak sampai pecah minyak tu bolehla masukkan garam,gula dan sos secukup rasa...
2. Akhir sekali masukkan sosej..Balik-balikkan..Rasa sekali lagi sampai puas hati kemudian,tutup api dan boleh la dihidangkan..hehehe

Taraa..Hasil air tangan Cik Asyikin ni..huhu..

Maaf yerr..Saya terlajak masukkan minyak..huhu..Jangan ikut macam saya tau,gunakan minyak sedikit sahaja yekk.."Kurangkan minyak dalam makanan,lebihkan minyak dalam senyuman"..Hahh??Betolkah begini???hahaha,..Apa pun tak boleh..hihik.. Ok bai... 

Wednesday, September 25, 2013

Remis Pantai Berlada


Salam 1 Malaysia semua,huhu..Arini Cik Asyikin ni nak post pasal remis..Haa,pernah tengok remis tak??konfem ada yang kata pernah dan ada yang kata 'tak perasan pulak'..cewahh,tak perasan konon,taktau cakap je taktau...hahaha..Okaylah,remis tu rupa dia macam nih..

Remis ni Cik Asyikin kutip sendiri kat tepi pantai tau..Apa??Tak percaya??Sat sat sat nah..Nak tunjuk bukti sat..hehe
Haa,percaya dah??..Erm,yang tu baru sikit,belakang jurukamera ada sebesen lagi..hihihi..Baiklah,kita teruskan dengan resepi terbaik dan yang paling ringkas dari Puan Cik Asyikin..Jangan risau,bahan-bahan dia sikit ja,tak renyah pun..Haa,ni bahan-bahannya..

1 besen Remis
1cm Belacan (tumbuk)
5/6 biji Bawang Merah (tumbuk)
2/3 biji Bawang Putih (tumbuk)
1 mangkuk Cili Boh/Cili Kisar
2/3 sudu Sos Tiram
1/2 sudu Sos Cili
7/8 biji Cili Padi
2 tangkai Serai
Sedikit daun sup untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa.. :)



Bahan dah ada,sekarang ni kita masak pulak...Cara masak senang sangat ni.. Ada 2 je cara-caranya..hihihihi..jeng jeng jeng...

1. Tumis serai,cili padi,bahan tumbuk dan cili boh sehingga wangi dan naik minyak...Lepas tu masukkan sos tiram dan sos cili..Lepas tu garam dan gula secukup rasa.

2. Masukkan remis dan balik-balikkan..Bila hampir masak cengkerang remis akan terbuka dan mengeluarkan air.Info tambahan ye,kalau kuah tu cair sangat sila masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah tersebut..Akhir sekali masukkan hirisan daun sup tadi..Kalau takda daun sup,daun kunyit pon boleh..Jangan daun ketum sudah ye,hehehehe..

Taraa,dah siap dah pon...nak tengok hasilnya???Yummy..It's very marvelous and delicious baby..Haa,ni la hasilnya...Pon pon pon,lori katering nak lalu..haha..zasss...


Hehehe..selamat mencuba resepi ringkas dari Puan Cik Asyikin ni..hihi...Ni 'tagline' Cik Asyikin..Sedap beritahu saya,tak sedap buat semula...hihihihi..Gurau-gurau je ye..okay,selamat memasak..

Monday, September 16, 2013

Resepi Spaghetti Mama

Assalamualaikum...hai hai hai...hehe..wahh!banyaknya sarang labah-labah dalam ni..almaklumlah lama tak kemaskini blog yang tak seberapa ni..Haa,okey,okey..sebelum tu saya nak cuci blog ni jap,hehe...
Sebenarnya yang lama tak post ni sebab tengah cari resepi yang sesuai untuk orang yang nak makan tapi malas ke dapur dicampur 'rajin' sangat memasak ni..haa,arini saya nak post 1 resepi yang mungkin agak berbaloi la untuk dimakan..saya masak sendiri tau,takde curik gambar kat Pak cik Google punye..hehe..
Resepi arini ala-ala Barat gitu,cewahh..Saya namakan "Spaghetti Mama" sebab saya rindu masakan mak saya sebenarnya,huhu..Baiklah tanpa buang masa korang dengan drama saya ni,saya nak kongsikan sedikit maklumat asas mengenai spaghetti..Iyela,tak kan kita nak makan tanpa tahu asal usulnya..Ceritanya begini,spaghetti dalam bahasa Itali dikenali sebagai "tali kecil".Ia berbentuk tali yang memanjang,bersaiz lebar,sederhana kecil serta berwarna sedikit kuning kecoklatan..
Selalunya spaghetti ni makan dengan kuah yang dicampur sedikit hirisan buah tomato,bebola ikan,bebola ayam,hirisan daging,sedikit parutan keju,campuran makanan laut dan macam-macam lagi lah yang penting mengikut selera perut masing-masing..haha
Okey okey,dah melalut dah ni..hehe..Spaghetti ni saya cuba masak semalam untuk makanan tengahari,Alhamdulillah nasib baik menjadi jugak walaupun tak berapa nak jadi,hehe..


Haa,ini bahan-bahan yang saya gunakan..tengok tu,berapa ketul je pon jadi sesuai lah bagi mereka yang nak masak tapi tak nak renyah-renyah kan?..
Bahan-bahan dia gini :
1 tin Sos Prego Tradisional
5 ketul Sosej Ayam/Daging (hiriskan)
1 keping Ayam/Daging Kisar
1 biji Tomato (dipotong dadu)
1 biji Bawang (dipotong dadu)
Segenggam Spaghetti (tertakluk pada kuantiti penduduk yang nak makan)

Hehe,bahan-bahan dah ada,tinggal nak masak je..Lagi satu,kalau nak tahu,bahan-bahan ni harganya tak sampai RM20 pon tapi boleh jadi makanan tengahari merangkap makan malam untuk manusia berjumlah 4 hingga 5 orang..Tengok,betapa jimatnya kalau masak sendiri,huhu

Cara nak masak pula (campak-campak je),hehe :
1.Tumiskan bawang.Setelah kekuningan,masukkan ayam/daging kisar.Gorengkan dan bila nampak dah macam nak masak tu terus masukkan sos spaghetti..Macam ni..

2.Kacaukan sos tadi hingga sebati dengan ayam,kemudian masukkan tomato dengan sosej.Kemudian kacau lagi hingga bersalut rencah-rencahnya.Kini yang tinggal hanyalah rasa.Kalau korang rasa macam kurang garam,tambah secukup rasa,bak orang kata sampai pueh hati..hehe

3.Mi spaghetti tu pulak rebus macam biasa..Mula-mula panaskan air,kemudian masukkan je la mi spaghetti tu..Haa,kat sini saya nak kongsi sedikit tips yang agak membantu dalam proses merebus spaghetti.Masa nak didihkan air tadi tolong tambah sedikit minyak dan garam supaya lepas dah siap rebus nanti tak lah tawar sangat mi awak tu,minyak tu pulak fungsinya supaya mi spaghetti awak tu tak melekat-lekat macam tepung kena air.

Bahan-bahan sudah,cara masak pon sudah,tinggal hasilnya je sekarang..jeng jeng jeng..taraa,ini hasilnya..


Gulppp...Haa,terliur la tu,hihi..Saya dah rasa,kalau anda nak,kena la cuba sendiri,hoho..ikut arahan yang saya bagi insyaAllah tak tersasar dari jalan yang lurus,haha..Okeylah,sampai sini je untuk entri kali ni..Lepas ni saya sambung lagi dengan resepi-resepi yang lain dan agak terbaru..Yang penting ringkas dan cepat tapi sangat sedap..hoho..Tata